Wednesday, April 15, 2009

SEKOLAH KAMI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua...


Alhamdulillah dengan berkat Allah swt, dapat juga kami, dari pihak ibubapa kepada anak-anak di sekolah Kebangsaan Rantau Petronas, Kerteh, Terengganu, membuka sebuah blog mengenai aktiviti-aktiviti sekolah anak-anak kami.

Dengan adanya blog ini, kami harap ianya akan menjadi satu medan untuk kami memberitahu perihal aktiviti sekolah, kemajuan sekolah, pembaikan keadaan sekolah dan sebagainya. Kami juga berharap, sekiranya terdapat ibubapa yang ingin menjadi penulis jemputan, dapatlah kiranya diberitahu dengan meninggalkan pesanan di chat box yang disediakan. Jangan lupa juga untuk meninggalkan email/ no. talipon supaya senang untuk dihubungi. Walaubagaimana pun, pihak kami akan menapis segala komen yang akan dipaparkan di sini. Ini adalah kerana, blog ini akan terbuka untuk semua lapisan masyarakat yang dikenali atau pun tidak. Oleh itu, untuk menjaga nama baik sekolah, 'comment moderation' akan dibuat pada setiap komentar.


Kami berharap, blog ini akan mendapat sambutan dan sokongan dari semua pihak.


Sekian . Terimakaseh...


Ibubapa yang prihatin.