Tuesday, May 26, 2009

Sambutan Hari Guru 2009

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pengunjung setia kami...

Ha..ha..Kami minta ampun...Kami agak sibuk kebelakangan ini...sampai terlupa apa password. Alhamdulillah diberi ilham oleh Allah dan dapat ingat semula password dia...Syukur! Maka dapatlah diupdet blog yang tak seberapa ini...


Beberapa hari yang lepas kan Hari Gruru. Alhamdulillah ramai ibubapa yang menyokong untuk nak bawak hadiah berupa makanan ala2 pot luck gitu... Nampak meriah betul sambutan itu. Walaupun saya tak berkesempatan untuk hadir bersama waktu sessi pagi, tapi saya dikhabarkan bahawa memang meriah laa...Ada juga kawan2 yang komen, YDP siap bergelek waktu membuat teh tarik...he..he...sporting jugak ye YDP tu...walau kadang nampak macam malu2 kucing, tapi kena gelek dia, Inul pun lari...ha..ha...


Masa saya tiba tu, betul2 dah waktu orang nak mula makan...memang penuh lah juadah yang dibawa. Ada yang membawa sendiri atau ada yang berkumpulan. Tak sempat pula saya nak ambik semua gambarnya sebab dah penuh dikerumuni oleh cikgu2 dan anak2. Kejap aje dah licin. Bayang kan, satay, mee, kueh, salad, sayuran, telur masin, masak lemak daging ( feberet saya...tak puas saya makan..), masak lemak nenas, biskut raya, sosej gulung, nasi dagang dan macam2 lagi...memang tak tertulis dek macam2 sangat jenis makanan yang ada...sekejap aje, tak sampai 1 jam, dah licin...Alhamdulillah...


Dan dengar2nya cikgu2 sungguh terharu dengan sambutan itu...dan ada yang mintak dibuat lagi tahun hadapan...apa pendapat ibubapa yang lain?

Saya akan mengupload gambar bila ada kesempatan...Insyaallah...
Sehingga berjumpa lagi di lain waktu....jaga diri baik-baik ye...:)

Wednesday, April 15, 2009

SEKOLAH KAMI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua...


Alhamdulillah dengan berkat Allah swt, dapat juga kami, dari pihak ibubapa kepada anak-anak di sekolah Kebangsaan Rantau Petronas, Kerteh, Terengganu, membuka sebuah blog mengenai aktiviti-aktiviti sekolah anak-anak kami.

Dengan adanya blog ini, kami harap ianya akan menjadi satu medan untuk kami memberitahu perihal aktiviti sekolah, kemajuan sekolah, pembaikan keadaan sekolah dan sebagainya. Kami juga berharap, sekiranya terdapat ibubapa yang ingin menjadi penulis jemputan, dapatlah kiranya diberitahu dengan meninggalkan pesanan di chat box yang disediakan. Jangan lupa juga untuk meninggalkan email/ no. talipon supaya senang untuk dihubungi. Walaubagaimana pun, pihak kami akan menapis segala komen yang akan dipaparkan di sini. Ini adalah kerana, blog ini akan terbuka untuk semua lapisan masyarakat yang dikenali atau pun tidak. Oleh itu, untuk menjaga nama baik sekolah, 'comment moderation' akan dibuat pada setiap komentar.


Kami berharap, blog ini akan mendapat sambutan dan sokongan dari semua pihak.


Sekian . Terimakaseh...


Ibubapa yang prihatin.